Posts

Showing posts from 2012

ANUGERAH ALLAH BUAT KAMI

Image
24 Ogos 2011 adalah tarikh jangkaan utkku melahirkan zuriatku yg kedua. disebabkan aku menghidapi Gestational Diabetes Melitus (GDM) atau bahasa pasarnya Kencing Manis Semasa Mengandung maka aku perlu di'induce' jika masih tidak melahirkan Aufa sebelum EDD ku ini. jadi tanggal 24/8/11 aku dibawa ke hospital putrajaya ditemani suami tercinta. jam 1 ptg aku telah dimasukkan ubat yg pertama utk merangsang contraction. sehingga jam 4.30 ptg barulah contraction kecil muncul. aku sempat solat zohor spt biasa di atas sejadah tp masuk Asar, aku hanya mampu solat dlm keadaan duduk di katil krn sakit contraction. selepas maghrib sakit makin kuat sehingga air mataku mengalir laju. jam 9.30 mlm Doc Wan Hazim telah memeriksa laluanku dan ternyata laluan utk Aufa keluar terbuka sebanyak 3cm. aku telah meminta utk diberikan Epidural namun nasib tidak menyebelahiku. kerana kesakitan, aku tidak mampu duduk diam semasa Doktor Bius cuba memasukkan epidural melalui tulang belakangku menyebabk...