ANUGERAH ALLAH BUAT KAMI


24 Ogos 2011 adalah tarikh jangkaan utkku melahirkan zuriatku yg kedua. disebabkan aku menghidapi Gestational Diabetes Melitus (GDM) atau bahasa pasarnya Kencing Manis Semasa Mengandung maka aku perlu di'induce' jika masih tidak melahirkan Aufa sebelum EDD ku ini. jadi tanggal 24/8/11 aku dibawa ke hospital putrajaya ditemani suami tercinta. jam 1 ptg aku telah dimasukkan ubat yg pertama utk merangsang contraction. sehingga jam 4.30 ptg barulah contraction kecil muncul. aku sempat solat zohor spt biasa di atas sejadah tp masuk Asar, aku hanya mampu solat dlm keadaan duduk di katil krn sakit contraction.


selepas maghrib sakit makin kuat sehingga air mataku mengalir laju. jam 9.30 mlm Doc Wan Hazim telah memeriksa laluanku dan ternyata laluan utk Aufa keluar terbuka sebanyak 3cm. aku telah meminta utk diberikan Epidural namun nasib tidak menyebelahiku. kerana kesakitan, aku tidak mampu duduk diam semasa Doktor Bius cuba memasukkan epidural melalui tulang belakangku menyebabkan darahku mengalir membasahi belakangku. pada waktu ini aku dpt rasakan contractionku semakin kuat dan bayi hampir keluar.


beberapa nurse dan doktor meluru memeriksa laluan dan ternyata laluan telah terbuka kpd 7 cm. namun, Doktor Wan Hazim yg sepatutnya menyambuut kelahiran Aufa telah pulang ke rumah krn dia menjangkakan yg aku akan melahirkan Aufa jam 1 pagi. namun kuasa Allah, jam 10.45 mlm laluan utk Aufa keluar telah tbuka kpd 7 cm. seorg nurse telah diarahkn utk mnghubungi Doktor Wan Hazim. alhamdulillah pada saat air ketubanku pecah, doktor muncul dgn wajah yg kepenatan. "Dun worry Ti, saya ada. saya akan sambut bayi awak!". kata2 doktor mmbuatkan diriku menjadi bersemangat utk melahirkan Aufa secara normal krn aku belum pernah merasai pengalaman ini apabila melahirkan Irfan secara pembedahan 3 thn lalu.


alhamdulillah, tepat jam 11.25 mlm, 24 Ogos 2011, Muhammad Aufa Fikri berjaya dilahirkan secara normal dgn berat 3.11 kg... syukur pd-Mu Tuhan.





sejam selepas dilahirkan Aufa dah menjilat2 bibirnya dan menunjukkan isyarat utk menyusu. lantas suamiku memanggil nurse utk memberikan Aufa kpdku yg sedang berehat. alhamdulillah, Aufa berjaya merasai kolustrumku sebelum kami ke wad. "putihnya anak kita ni," kata suamiku. aku hanya mampu tersenyum kerana kekurangan tenaga. laparnya... selepas itu suamiku memberikanku secawan milo panas. ya Allah, nikmatnya milo ni...




Aufa dah menggelepar utk mengeluarkan tangannya. haiiiii, tak nak dibedung ye syg? mulutnya terkumat-kamit minta disusukan, comel kan?

Comments

Popular posts from this blog

AIDILFITRI 2013

HI-TEA TERAKHIRKU DI SMK CYBERJAYA

HARI GRADUASI TINGKATAN 5 DAN 6 ATAS 2015