AIDILFITRI 2013

Saya dan suami bergilir tahun untuk berhari raya memandangkan jarak kampung kami yang agak jauh iaitu kampung suami di Bidor, Perak manakala kampung saya pula di Machang, Kelantan.

Ibu saya meminta kami bergilir tahun untuk mengelakkan kejadian buruk kerana pada tahun 2008, saya yang mengandungkan Irfan pada masa itu telah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan 6 buah kenderaan (kami kereta yang kedua dari hadapan) di PLUS, berdekatan dengan Taiping.

Giliran beraya mengikut tahun ini bermula pada tahun ;


2009 - belah suami di Penang (ibu & bapa mertua masih bekerja di sana)

2010 - belah saya 
2011 - belah suami (beraya di Cyberjaya kerana saya berpantang melahirkan Aufa)
2012 -belah saya
2013 -belah suami di Bidor
2014 - belah saya
2015 - belah suami juga di Bidor
2016 - belah saya
2017 - belah suami di Bidor

Alhamdulillah kedua-dua ibu bapa kami sangat memahami giliran ini. Jika tahun itu beraya di Kelantan, kami takkan balik langsung beraya di Perak dalam masa cuti seminggu itu. Jadi kurang sikit kepenatan kami ke sana ke sini memandangkan pada musim perayaan ini kebanyakan jalan raya atau lebuh raya akan mengalami kesesakan.


Jom layan gambar-gambar raya kami pada tahun 2013 di Bidor, Perak...




Gambar anak-anak lelaki my parents in law. Masa ni arwah Faeez (berdiri berbaju kelabu) masih ada. Arwah meninggalkan kami pada April 2015 selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya di tol Gombak (arwah belajar di UIA pada masa itu).

Ini pula gambar anak-anak perempuan family in law termasuklah 2 orang menantu mereka. Hihi...


Ini gambar kami berempat. Tengoklah si Aufa yang selalu meragam. Nak seronok-seronok di hari raya dengan anak kecik ni bukan senang. Apatah lagi anak istimewa seperti Aufa.
Alang-alang bergambar, mestilah ada gambar berdua dengannya kan? Hihi... Pengantin lama ni. Masing-masing menambah lemak di badan... Aduiii, sabar ajelah.  

Comments

Popular posts from this blog

HARI GRADUASI TINGKATAN 5 DAN 6 ATAS 2015

HI-TEA TERAKHIRKU DI SMK CYBERJAYA