Posts

Showing posts from 2017

AIDILFITRI 2013

Image
Saya dan suami bergilir tahun untuk berhari raya memandangkan jarak kampung kami yang agak jauh iaitu kampung suami di Bidor, Perak manakala kampung saya pula di Machang, Kelantan. Ibu saya meminta kami bergilir tahun untuk mengelakkan kejadian buruk kerana pada tahun 2008, saya yang mengandungkan Irfan pada masa itu telah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan 6 buah kenderaan (kami kereta yang kedua dari hadapan) di PLUS, berdekatan dengan Taiping. Giliran beraya mengikut tahun ini bermula pada tahun ; 2009 - belah suami di Penang (ibu & bapa mertua masih bekerja di sana) 2010 - belah saya  2011 - belah suami (beraya di Cyberjaya kerana saya berpantang melahirkan Aufa) 2012 -belah saya 2013 -belah suami di Bidor 2014 - belah saya 2015 - belah suami juga di Bidor 2016 - belah saya 2017 - belah suami di Bidor Alhamdulillah kedua-dua ibu bapa kami sangat memahami giliran ini. Jika tahun itu beraya di Kelantan, kami takkan balik langsung beraya di Perak dalam masa c